01128031864 [email protected]

Tips Sakit Lutut

Punca Sakit Lutut

Sakit lutut boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Secara umumnya, kita mengetahui ia boleh dipengaruhi oleh:

1) Usia

2) Aktiviti harian

3) Kesihatan secara umum (reput tulang, berat badan, cara pemakanan, jika ada jangkitan kuman, kanser dan sebagainya).

4) Genetik 

5) Pelbagai faktor lain yang terus menerus menyumbang kepada pengetahuan perubatan moden berkaitan dengan sakit lutut. 

Ia boleh  disebabkan oleh kecederaan yang berlaku secara mendadak semasa kita melakukan apa-apa aktiviti seperti bersukan i.e bermain bola sepak, atau bola keranjang, mendaki gunung, melompat. 

 Pergerakan-pergerakan yang melibatkan perubahan arah sendi lutut secara mendadak adalah antara aktiviti yang boleh mendatangkan kecederaan. Risiko kecederaan boleh dikurangkan dengan mengetahui teknik bersukan, pergerakan, pemulihan yang betul.

 Ia boleh disebabkan usia. Apabila badan kita bertambah usia, organ-organ kita semakin kurang efisien beroperasi. Kita banyak kehilangan nutrien. Lutut yang semakin lemah  apabila dibebani dengan pertambahan berat badan pasti akan menyebabkan kesakitan. Tapi ada juga yang berat badannya berkurang tapi masih sakit lutut.

 Ini semua disebabkan kehilangan nutrien yang menguatkan struktur tulang yang seterusnya menyebabkan sakit lutut.Ia boleh juga disebabkan kecederaan lama yang tidak dirawat dengan betul. Ada yang mungkin pernah terseliuh atau terkehel namun memandang ringan fasa pemulihan. Belum pulih betul pun dah dibelasah lutut yang sakit tu. Masa muda mungkin kita rasa tak apa, tapi bila berusia, ia mungkin menjadi antara faktor utama sakit lutut. 

 Memandang ringan fasa dan cara pemulihan juga antara sebab arthritis menyerang mereka yang masih muda. Jadi jangan pandang ringan apabila rasa sakit lutut!

BAGAIMANA UNTUK SELESAIKAN MASALAH PUNCA SAKIT LUTUT?

Yang pertama sekali, apabila kita rasa sakit lutut, sebaiknya dapatkan nasihat Pakar Ortopedik di mana-mana institusi kesihatan. Negara kita mempunyai ramai pakar-pakar yang sangat berkaliber.

 Apabila berjumpa dengan mereka, terangkan dengan terperinci aktiviti yang menyebabkan kita rasa sakit. Kenalpasti kawasan yang benar-benar sakit. Daripada sesi pemeriksaan, soal jawab dengan Pakar tersebut, pasti mereka boleh mencadangkan rawatan yang bersesuaian. 

 Ia bergantung kepada apa kita yang beritahu mereka, seperti aktiviti harian, aktiviti semasa muda, aktiviti yang menjurus kepada kesakitan tersebut, sejarah keluarga dan sebagainya.

 Sama ada mereka akan mencadangkan ‘improvement’ kepada cara hidup untuk mengurangkan beban pada lutut, ubat-ubatan tertentu, scan menggunakan X-Ray, atau Magnetic Resonance Imaging (MRI) untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam punca sakit terutamanya jika ia melibatkan kesakitan yang mendadak, dan pelbagai jenis rawatan lain. 

 Ini termasuklah perubahan diet untuk menguatkan tulang dengan pengambilan supplemen-supplemen tertentu termasuklah kalsium, Vitamin C, Vitamin K dan lain-lain.

 

APA YANG BOLEH JUS TIGAS LAKUKAN UNTUK MERAWAT PUNCA SAKIT LUTUT?

 

Jus Tigas sangat membantu melegakan kesakitan lutut tetapi Jus Tigas tidak membantu untuk menyambung semula ACL, atau MCL atau mana-mana ligamen yang putus. Masa untuk pengguna merasa kesan Jus Tigas bergantung kepada banyak faktor. Ada yang rasa kesan-serta merta, ada yang mengambil masa seminggu.

Untuk pengetahuan semua, tidak ada rawatan secara makan atau sapu-sapu yang boleh merawat ACL atau MCL. 

 

Pembedahan adalah satu-satunya jalan untuk menggantikan atau memperbaiki ligamen yang disebut ini. Sekirnya usia pesakit masih di kalangan remaja, terdapat kemungkinan yang sangat kecil untuk ligamen ini pulih sendiri.

 

Menurut salah seorang Pakar Ortopedik yang pernah kami temui, ACL jika tidak disambung atau diperbaiki semula tidak mengapa, asalkan pesakit tersebut tidak lagi bersukan secara aktif terutamanya jenis sukan yang banyak menggunakan sendi lutut. 

 

Ia akan menyebabkan lebih banyak kerosakan sekiranya pesakit tersebut masih mahu bersukan dan pastilah akan membawa masalah lain di hari tua nanti. Selain itu, pesakit digalakkan memakai knee guard kerana ia mengelakkan sebarang perubahan pergerakan yang mendadak yang mungkin menyebabkan sendi lutut terbeban tanpa perlindungan. 

Ini termasuklah perubahan diet untuk menguatkan tulang dengan pengambilan supplemen-supplemen tertentu termasuklah kalsium, Vitamin C, Vitamin K dan lain-lain.

 

Jadi Jus Tigas membantu melegakan sakit lutut?

Ya. Seperti penerangan di atas. 

Jus Tigas merupakan gabungan herba daun alfafa yang telah digunaka untuk membantu dalam masalah sakit lutut. Selain itu herba ini popular yang membantu dalam masalah sakit sendi, sakit belakang, dan lesu badan.  

 

 

Hubungi Kami Disini

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Lutfi

Online

Lutfi

Salam, Boleh saya bantu? 00.00