01128031864 [email protected]

CARA HILANGKAN SAKIT LUTUT SECARA SEMULAJADI

Sakit lutut biasa berlaku disebabkan oleh sendi lutut yang semakin haus dan pelincir lutut yang semakin berkurang. Terdapat banyak cara untuk merawat sakit lutut dan keberkesanan rawatan juga bergantung kepada punca sakit lutut tersebut. Terdapat berbagai-bagai cara untuk merawat masalah sakit lutut termasuklah rawatan semula jadi yang boleh dilakukan sendiri di rumah selain rawatan perubatan seperti penggunaan ubatan dadah, suntikan dan juga pembedahan.

Terdapat beberapa cara yang berkesan yang boleh dilakukan di rumah sahaja untuk sakit lutut yang disebabkan oleh keradangan, arthritis atau kecederaan minor. Namun begitu, jika sakit lutut yang dialami itu serius dan kritikal, sila dapatkan nasihat pakar perubatan kerana terdapat beberapa jenis sakit lutut yang memerlukan rawatan hospital. 

Nak tahu cara-cara berkesan tersebut? Jom amalkan petua-petua di bawah.

Halia

Halia adalah ubat  dan juga cara menghilangkan sakit lutut dengan berkesan yang disebabkan oleh artritis, kekejangan otot dan kecederaan kerana khasiat halia itu sendiri sebagai anti-radang. 
 
Cara-cara:
  1. Hancurkan sekepingan kecil halia
  2. Masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit
  3. Tapis campuran dan tambahkan sedikit madu dan jus lemon
  4. Minum 2-3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang

 

Kajian artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta bengkak apabila digunakan bersama dengan rawatan prekripsi.

Kunyit

Kunyit mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksida yang boleh mengurangkan sakit. Kunyit juga boleh memperlahankan perkembangan artritis reumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut. 
 
Cara-cara:
  1. Campurkan setengah sudu teh halia kisar dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air
  2. Didihkan selama 10 minit
  3. Tapis, campurkan madu dan minum 2 kali sehari.



 

Lemon

Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis. Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis. 
 
Cara-cara:
  1. Potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil
  2. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas
  3. Celupkan kain ke dalam minyak bijan
  4. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit 
  5. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang

Minyak Biji Sawi

Menurut perubatan tradisional, urutan lembut pada lutut yang sakit dengan minyak biji sawi yang suam boleh mengurangkan keradangan, selain membantu memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan kesakitan. 
 
Cara-cara:
  1. Panaskan 2 sudu teh minyak biji sawi
  2. Kemudian, goreng seulas bawang putih yang dicincang hingga berwarna keperangan
  3. Sejukkan dan tapis minyak yang sudah dicampur dengan bawang putih tadi
  4. Urut lutut yang sakit dengan minyak biji sawi dalam pergerakan memusing
  5. Tutup lutut dengan bungkusan plastik dan tuamkan dengan tuala untuk beberapa minit
  6. Lakukan 2 kali sehari selama 1-2 minggu.

    Cuka Epal

    Cuka epal cider boleh membantu melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi lutut disebabkan oleh sifat alkalinya. Ia juga membantu memulihkan pelincir dan seterusnya mengurangkan rasa sakit dan membantu pergerakan. 
     
    Cara-cara:
    1. Campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke dalam 2 cawan air yang ditapis
    2. Hirup campuran ini sepanjang hari
    3. Minum setiap hari hingga anda pulih sepenuhnya.

    Kolagen

    Kolagen juga dapat membantu merawat dan menghilangkan sakit lutut. Pengambilan kolagen berterusan mampu memberi kelegaan kepada berjuta-juta orang yang menghidap sakit lutut. 

     

    Dalam beberapa kes, pengidap sakit lutut yang telah diberikan kapsul kolagen dapat merasakan sakit lutut semakin berkurang dan mampu bergerak dengan lebih baik.

     

    Pesakit yang mengambil suplemen kolagen setiap hari selama tiga bulan dapat mengurangkan pengambilan ubat tahan sakit secara ketara dengan kesan sampingan yang sangat minima.

    .

        Minyak Kayu Putih

        Minyak kayu putih mempunyai sifat untuk melegakan kesakitan yang boleh menghilangkan sakit lutut dengan berkesan secara semulajadi. Rasa berangin minyak ini boleh mengurangkan sakit lutut akibat artritis. 


        Cara-cara:

        1. Campurkan 4-6 titik minyak kayu putih dan 4-6titik minyak pepermin bersama-sama
        2. Kemudian, campurkan 2 sudu besar minyak zaitun
        3. Simpan campuran di dalam botol kaca yang gelap dan jauh daripada cahaya matahari
        4. Gosok campuran ini pada lutut yang sakit.
          Hubungi Kami Disini

          We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

          Customer Support

          Lutfi

          Online

          Lutfi

          Salam, Boleh saya bantu? 00.00